Kamis, 29 April 2010

Komunikasi Data

KOMUNIKASI DATA

Pengenalan

        • Komunikasi ~ pertukaran maklumat antara 2 individu menggunakan set simbol,

petunjuk @ kelakuan yg sama.

        • Komunikasi juga bermaksud berkongsi maklumat sama ada secara setempat

(local) @ jauh (remot).

        • Komunikasi setempat ~ muka-ke-muka
        • Komunikasi jauh ~ melalui jarak yang jauh
        • Data ~ nombor, huruf atau simbol yang boleh di proses oleh komputer. Fakta

mentah sebelum diproses.

        • Dalam komputer, data diwakili oleh digit perduaan (0s dan 1s) ~ binary

information units (bits)

        • Maklumat ~ dalam bentuk data, suara, imej, aksara dan kod yang telah diproses

dalam bentuk yang boleh digunakan dan difahami oleh penerima.

        • Kod ~ sebarang mesej yg boleh dibaca dan mempunyai maksud dan difahami

oleh pengguna akhir (sama ada mesin atau manusia).

Definisi Komunikasi Data

        • Komunikasi data ~ pertukaran data (dlm bentuk 1s dan 0s) di antara 2 peranti

(dari satu titik ke titik lain) melalui media komunikasi data seperti talian telefon.

        • Rangkaian komunikasi data ~ terdiri drpd semua komputer dan peranti yg

diperlukan utk berkomunikasi antara satu sama lain.

        • Telekomunikasi ~ pertukaran maklumat melalui jarak tertentu dgn menggunakan

perkakasan elektronik utk penghantaran, e.g. telefon, telegraf, tv.

Ciri-ciri Penting Keberkesanan Komunikasi Data

        • Penyerahan (delivery)

Data mesti dihantar ke destinasi yg betul dan diterima oleh peranti atau

pengguna yg betul sahaja.

        • Kejituan (accuracy)

Sistem mestilah menyerahkan data secara jitu. Data yg telah diubah atau

rosak semasa penghantaran dan tidak diperbaiki tidak dapat digunakan.

        • Menepati masa (timeliness)

Sistem mestilah menyerahkan data mengikut masa yg telah ditetapkan.

Data yg diserahkan lewat tidak berguna.

Komponen Komunikasi Data

        • Mesej – maklumat atau data utk berkomunikasi.
        • Pengirim – peranti yg menghantar mesej.
        • Penerima – peranti yg menerima mesej.
        • Media – laluan fizikal di mana mesej bergerak dari pengirim ke penerima.
        • Protokol – set peraturan yang meliputi komunikasi data.

Protokol

· Set peraturan yang merangkumi penyelarasan perhubungan dalam komunikasi

data.

· Ia mewakili persetujuan antara peranti yg berkomunikasi

· Persetujuan ini termasuklah:

a. Jenis data (kod, bahasa, format, saiz, dll.)

b. Jenis media (kabel sepaksi, pasangan terpiuh, gentian optik, gelombang)

c. Kelajuan penghantaran

Protokol ialah bagaimana data (bit) boleh ditukarkan antara 2 peranti.

Aplikasi Komunikasi Data

        • Pemasaran & jualan
        • Perkhidmatan bank
        • Perkilangan / Pengeluaran
        • Mesej elektronik
        • Perkhidmatan direktori & perkhidmatan maklumat
        • Electronic data interchange (EDI)
        • Teleconferencing
        • Cellular telephones
        • Electronic commerce (e-commerce)

Rangkaian Komputer

        • Rangkaian ~ set peranti (dikenali sbg nod) yg dihubungkan oleh pautan (link)

media utk membentuk laluan data di mana maklumat boleh dikongsi.

        • Nod ~ komputer, pencetak atau peranti yg boleh menghantara dan menerima

data yg dikeluarkan oleh nod lain dalam rangkaian.

        • Pautan (link) ~ di kenali juga sbg saluran komunikasi, merupakan hubungan

fizikal antara 2 nod.

        • Saluran (path) ~ saluran di mana data bergerak

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT

Pengenalan

Rangkaian komputer ~ satu perhubungan di antara beberapa set peranti (nod)

melalui pautan (link) media untuk membentuk laluan data di mana maklumat

boleh dikongsi dan bertukar2.

Rangkaian Komputer boleh dikategorikan kepada:-

        • Local Area Network (LAN)
        • Metropolitan Area Network (MAN)
        • Wide Area Network (WAN)
        • Internetworks (internet)

MAN

Rangkaian yg merentangi kawasan geografi bersaiz sebuah bandar.

Ia berkemungkinan satu rangkaian seperti rangkaian kabel TV (ASTRO), atau

menghubungkan beberapa LANs menjadi rangkaian yg besar supaya semua

sumber boleh dikongsi antara LAN dan juga antara peranti.

Contoh: syarikat telefon tempatan (Telekom)

WAN

Rangkaian yg menggunakan teknologi utk merentangi kawasan geografi dgn

jarak yang luas.

Ia menyediakan penghantaran data, suara, imej, video utk jarak jauh melalui

kawasan geografi yg luas meliputi negara, benua, atau seluruh dunia.

WAN yg dipunyai dan digunakan sendiri oleh satu syarikat dikenali sebagai

enterprise network.

internet vs. Internet

internet ~ koleksi rangkaian yg dihubungkan oleh peranti rangkaian saling tindak

seperti routers atau gateways.

Internet ~ internet secara keseluruhan @ global yg menggunakan TCP/IP

protocol suite (specific worldwide network).

LAN

        • LAN ~ sistem komunikasi data yg membenarkan beberapa peranti berkomunikasi

di antara satu sama lain dalam kawasan geografi yang terhad (dalam sebuah

bangunan atau antara bangunan berdekatan).

        • Ia selalunya dimiliki, digunakan dan ditadbirkan oleh organisasi persendirian.
        • Ia digunakan dengan meluas utk menyambungkan PC dan w/s di rumah,

pejabat2, kilang2 utk berkongsi sumber2 dan bertukar2 maklumat.

        • Sumber2 yg dikongsi termasuklah perkakasan (pencetak, pc), perisian atau data.

Ciri-ciri LAN

        • LAN boleh dibezakan dengan lain-lain jenis rangkaian mengikut saiz, teknologi

transmisi dan topologi.

        • LAN terhad dari segi saiz.
        • Biasanya, LAN mempunyai kadar data di antara 4 – 100 Mbps, tetapi kini LAN

boleh beroperasi pada tahap kelajuan yang tinggi sehingga melebihi

gigabits/saat.

        • Berbagai topologi juga terdapat di dlm LAN, dan yang paling sering digunakan

adalah bus, bintang dan cincin.

Topologi

        • Topologi ~ merujuk kepada bagaimana rangkaian ditunjukkan sama ada secara

fizikal atau logikal.

        • Topologi rangkaian merupakan perwakilan geometri hubungan semua talian dan

peranti di antara satu sama lain.

        • Ia menyatakan bentuk susunan komputer atau menunjukkan bagaimana nod

rangkaian dihubungkan bersama.

Contoh: mesh, star, bus, ring, wireless.

        • Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
        • Topologi Bintang (Star)
        • Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
        • Topologi Pepohon (Tree)
        • Topologi Hierarki

Mod Transmisi

Arah isyarat mengalir di antara 2 peranti yg berhubung.

3 jenis mode transmisi:

Simplex

        • Komunikasi berlaku dalam satu arah. Data transmisi mengalir mengikut satu arah

sahaja pada setiap masa.

        • Hanya satu sahaja drp 2 nod yg berhubung boleh menghantar isyarat, manakala

satu nod lagi hanya boleh menerima isyarat.

Contoh:

Papan kekunci piawai ~ hanya boleh menghantar data,Standard Monitor ~ hanya boleh menerima data

Radio, TV

Half Duplex
        • Juga dikenali sbg komunikasi 2-talian (2-wire communications).
        • Setiap nod boleh menghantar dan menerima isyarat; TETAPI bukan dalam masa

yang sama.

        • Data boleh bergerak dalam dua arah tetapi pada satu arah dalam satu masa.
        • Apabila satu peranti menghantar, peranti lain hanya boleh menerima.

Contoh : walkie-talkie ~ hanya seorang boleh bercakap pd satu masa.

Full Duplex

Juga dikenali sbg “duplex”; komunikasi 4-talian (4-wire communication).

Kedua2 stesen boleh menghantar dan menerima isyarat serentak.

Ia membenarkan data mengalir dalam mana-mana arah pada masa yg sama.

Contoh:

Telefon ~ 2 orang boleh bercakap dan mendengar pada masa yg sama